QSR Brands Bhd. terus dominan dan bertapak kukuh dalam industri peruncitan makanan yang sedang berkembang maju lagi dinamik di Malaysia.

Sejak mula disenaraikan di Bursa Salam Malaysia Bhd. pada 1 April 2004, Kumpulan QSR muncul sebagai sebuah syarikat yang mantap dan diyakini. Melalui proses penyusunan semula yang berkesan dan dinamik, Kumpulan ini terus mara dengan cemerlang dalam pelbagai aktiviti perniagaan, sekaligus meningkatkan kecekapan dan keuntungannya.

QSR Brands merupakan pengendali rangkaian restoran KFC di Malaysia, Singapura dan Brunei. Selepas pembukaan restoran pertama KFC di Kuala Lumpur pada tahun 1973, didapati penerimaan dan sambutan masyarakat Malaysia terhadap resipi Colonel Sanders ini terus menggalakkan. Berikutan itu satu demi satu restoran baru dibuka. Menjelang penghujung bulan Februari tahun 2005, jumlah restoran KFC dianggarkan meningkat kepada 420 buah. Suatu perkembangan yang membanggakan!

Dalam perkembangan lain, QSR Brands juga telah berjaya mengambil alih operasi rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia dan di Singapura. Dengan kecekapan pengurusan dan semangat dedikasi kakitangannya, jumlah restoran Pizza Hut juga dianggarkan bertambah kepada kepada 185 buah pada penghujung tahun 2004.

Melalui usaha pelaburan yang strategik dan kejayaan memiliki saham dalam KFC Holdings (Malaysia) Bhd, QSR terus mengorak langkah untuk memastikan ia kekal dominan dalam perniagaan seumpamanya. Kejayaan itu membolehkan Kumpulan QSR menguasai operasi rangkaian 100 buah restoran dan kiosk Rasa Ayamas serta kedai serbaneka Ayamas. “Ayamas” merupakan jenama produk ayam pertama di Malaysia, yang turut mengendalikan rangkaian jualan produk berasaskan daging ayam secara runcit. Jenama ini mendapat sambutan menggalakkan di seluruh Malaysia.

Apa yang menjadikan QSR terus disegani oleh kawan dan lawan, ialah kemampuannya untuk muncul sebagai pengendali makanan yang bersepadu sepenuhnya. Dengan kata lain, Kumpulan ini bukan sahaja memasarkan produk-produk berasaskan daging ayam, tetapi turut terlibat dalam pelaburan dan aktiviti pemerosesan makanan. Selain menjanjikan pulangan lumayan, aktiviti pemerosesan makanan dilihat mempunyai masa depan yang cerah dan berpotensi untuk terus menyumbang kepada kejayaan Kumpulan QSR. Di antara aktiviti bersepadu yang dijalankan, ialah mewujudkan kilang memproses makanan ayam, ladang pembiakan ayam, pusat penetasan anak ayam, ladang ternak kontrak, kilang memproses ayam, kilang memproses makanan berasaskan ayam, kilang sos dan perasa makanan, kilang membuat roti dan kek, institusi latihan penyediaan makanan dan juga terlibat dengan perdagangan produk pengguna berasaskan daging ayam.

Dengan pasaran yang mantap serta perkhidmatan cemerlang, di samping kejayaan aktiviti-aktiviti sokongannya, Kumpulan QSR kini mampu mempunyai lebih kurang 18,000 orang kakitangan bagi operasi di Malaysia, Singapura dan Brunei. Jumlah ini menjadikan QSR majikan terbesar dalam sektor makanan di ketiga-tiga buah negara berkenaan.

Selari dengan perkembangan positif sosio-ekonomi Malaysia, Kumpulan QSR dijangka akan terus bertapak kukuh dan cemerlang dalam persaingan pasaran, berikutan struktur pengendaliannya yang dinamik, pengalaman yang luas, serta pengurusan operasi korporat yang agresif dan kreatif. Untuk makluman bersama, kesemua unit perniagaan QSR telah mencatatkan peningkatan dan pencapaian luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan. Ini menambahkan lagi keyakinan kakitangan untuk terus memberikan khidmat yang terbaik.

Manakala itu pengurusan Kumpulan QSR mempunyai penuh keyakinan bahawa prestasi perniagaan syarikat akan terus meningkat. Keyakinan ini bersandarkan kepada beberapa perkembangan terbaru dalam Kumpulan, seperti terdapatnya beberapa kemudahan dan peralatan terkini, perancangan pengembangan operasi dan usaha-usaha sinergi atau usahasama yang berterusan.

Tidak diragui lagi bahawa QSR Brands mampu menjanjikan prestasi dan pulangan terbaik, terutama kepada rakan niaga dan para pemilik sahamnya. Hakikat ini adalah bersandarkan kepada analisis mendalam terhadap kemampuan dan kemantapan operasi-operasi semasanya, kekukuhan struktur organisasinya, motivasi tinggi kakitangannya dan kedinamikan pihak pengurusannya.

Struktur terkini Kumpulan QSR

KFC Restaurant Operations = Operasi Restoran KFC
Pizza Hut Restaurant Operations = Operasi Restoran Pizza Hut


 
Perutusan Pengerusi Eksekutif
Ahli Lembaga Pengarah
Misi dan Perkongsian Nilai Kami
Anugerah dan Pencapaian
   
   
 
Maklumat penting perundangan - sila rujuk bahagian Polisi Privasi dan Penafian sebelum ke ruangan berikutnya.
Hakcipta © 2004 - 2005 QSR Brands Bhd. Kesemua Hakcipta Adalah Terpelihara.