Syarikat
Region Food Industries Sdn. Bhd. (RFI)
Pada tahun 1994, Kumpulan QSR telah menguasai
kilang pengeluar sos makanan yang dikenali dengan nama Syarikat
Region Food Industries Sdn. Bhd. (RFI). Kini, di bawah pentadbiran
yang cekap dan dinamik Kumpulan QSR, RFI berjaya menjadi pengeluar
sos makanan utama di Malaysia dengan kemampuan menghasilkan 12
juta botol sos setahun.
Melalui
penggunaan teknologi yang canggih dan terkini, RFI berjaya memproses
bahan-bahan mentah asli menjadi sos makanan yang enak dan bermutu
tinggi. Kilang ini juga mempunyai Jabatan Penyelidikan dan Pembangunannya
(R&D) sendiri yang sentiasa melakukan kajian ke arah menghasilkan
produk-produk baru sos yang bersesuaian dengan kehendak semasa
pasaran yang semakin kompleks.
Perjalanan dan penghasilan produk RFI sentiasa menepati piawaian
yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Ini terbukti apabila
RFI turut menerima anugerah pensijilan ISO 9002 sejak tahun 1999
lagi, menjadikannya terus cemerlang dalam operasinya. Kini, RFI
berjaya memasarkan produknya ke pasaran antarabangsa, seperti ke
United Kingdom, Amerika Syarikat, Peranchis, Australia, New Zealand,
Jepun, Hong Kong, Mauritius, Maldives, negara-negara Timur Tengah,
Brunei dan Singapura.
Bagi pasaran dalam negara, RFI membekalkan sos tomato dan sos
cili berjenama Life kepada KFC, Pizza Hut dan lain-lain pengendali
makanan segera. Produk atau keluarannya juga boleh didapati di
kebanyakan pasar raya, pasar hyper dan kedai-kedai serbaneka.
|