Ayamas
Food Corporation merupakan satu lagi subsidiari Kumpulan QSR Brands
Bhd. Ia juga adalah syarikat pertama di Malaysia memulakan konsep
jualan ayam dan produk-produk berasaskan daging ayam dalam rangkaian
kedai berhawa dingin yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. (Lazimnya,
ayam hidup disembelih dan dijual di pasar-pasar terbuka biasa).
Kedai serbaneka Ayamas pertama mula beroperasi di Seapark pada
29 April 1988. Kini setelah 16 tahun kewujudannya, bilangan kedai
serbaneka Ayamas meningkat kepada 39 buah dengan nama baru –
Kedai Ayamas.
Di Kedai Ayamas, pelanggan boleh mendapatkan daging ayam bermutu
tinggi lagi bersih, yang diproses dan dibungkus di kilangnya sendiri.
Produk-produk berkenaan juga dijamin HALAL.
Selain menawarkan daging ayam beku dan produk-produk proses lanjutan
serta produk tambah nilai, rangkaian peruncitan Ayamas merupakan
rangkaian pertama di negara ini yang menawarkan pelbagai jenis
ayam panggang dan snek berperasa ayam. Lokasi Kedai Ayamas dipilih
dengan penuh berhati-hati bagi memudahkan pelanggan membeli dan
membawa pulang pelbagai jenis produk Produk ayam yang sedia- dihidangkan,
daging ayam beku, produk beku lain dan beberapa produk runcit lain
seperti sos, makanan konfeksi dan minuman diakui enak oleh pelanggan.
 Manakala
itu bilangan kedai dalam rangkaian Kedai Ayamas terus bertambah
dari tahun ke tahun. Penambahan ini merupakan sebahagian daripada
usaha kearah meningkatkan jumlah jualan produknya, terutama produk
ayam gourmet yang sedia-dihidangkan. Jualan ayam jenis ini membawa
lebih keuntungan kepada syarikat.
Dalam usaha meluaskan pasarannya, Kedai Ayamas turut mengadakan
kerjasama pemasaran dengan beberapa pasar-mini, pasaraya, pasar-hyper
dan stesen-stesen minyak di seluruh negara. Usaha ini bagi memudahkan
lebih ramai pengguna dan pembeli mendapatkan produk-produk Ayamas.
Strategi meningkatkan keuntungan syarikat terus dilakukan dari
masa ke masa melalui sinergi dan usahasama di kalangan anak syarikat
Kumpulan QSR, serta melalui pengurusan kos dan kawalan mutu produk
yang berkesan
Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari laman
www.ayamas.com.my
|