| QSR Brands merupakan pemegang francais dan juga
pengendali rangkaian restoran KFC serta Pizza Hut untuk pasaran Malaysia,
Singapura dan Brunei. Namun untuk pasaran Brunei, QSR hanya mengendalikan
rangkaian restoran KFC dan tidak terlibat dalam operasi rangkaian
restoran Pizza Hut. KFC dan Pizza Hut juga adalah dua jenama makanan
yang dianggap berprestij di dunia kerana diiktiraf sebagai sebahagian
daripada keluarga YUM! BRANDS, INC., sebuah organisasi antarabangsa
yang memantau sistem dan operasi restoran. Badan ini memantau lebih
daripada 32,500 buah restoran di 100 buah negara di dunia. Selain
KFC dan Pizza Hut. jenama lain yang berada di bawah pemantauan badan
ini ialah Taco Bell, Long John Silver dan Restoran A&W.
Di samping menjadi pemegang francais KFC dan Pizza Hut, QSR juga
terlibat secara langsung menghasilkan produk sendiri, dikenali
dengan jenama Rasa Ayamas. Produk-produk jenama Rasa Ayamas yang
lebih sesuai dengan selera tempatan dipasarkan di rangkaian restoran
serta kiosknya sendiri. Selain itu ia juga turut dipasarkan di
kedai serbaneka Kedai Ayamas.
Sila klik ikon-ikon di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai bahagian-bahagian restoran kami
|