Setelah
berkunjung buat kali pertama ke rangkaian restoran Pizza Hut, ramai
yang berhasrat untuk datang lagi buat kali kedua, ketiga, dan seterusnya.
Mereka terdiri daripada pelanggan berkeluarga, orang dewasa, remaja
dan kanak-kanak yang memang berpuashati dengan hidangan yang disediakan.
Beberapa keistimewaan yang terdapat di sini mampu menjadikan Restoran
Pizza Hut No. 1 ini sebagai salah satu restoran kegemaran ramai di
Malaysia.
Di
restoran Pizza Hut, pelanggan kami bukan sahaja menikmati makanan
yang lazat, berkhasiat dan beraroma, tetapi mereka juga menikmatinya
dalam suasana yang nyaman dan penuh santai. Hiasan dan reka dalaman
restoran Pizza Hut dilakukan dengan penuh teliti, menjadikan ia lokasi
yang sesuai untuk makan bersama keluarga, kawan-kawan mahupun berseorangan
– berehat sebentar daripada kesibukan harian! Di sini, anda
boleh menikmati pan-pizza dan lain-lain makanan lazat, yang menggabungkan
resipi Itali dan Amerika.
Pada bulan Disember 1995, KFC Holdings (Malaysia) Bhd yang merupakan
anak syarikat Kumpulan QSR berjaya menguasai Pizza Hut Malaysia,
sekaligus meluaskan operasi penyediaan makanannya. Sejak itu operasi
Pizza Hut terus berkembang maju dan pada tahun 2002, rangkaian restoran
ini berjaya mengangkat imejnya daripada pengendali restoran pizza
tempatan kepada pengendali restoran pizza antarabangsa berikutan
kejayaan menguasai Pizza Hut Singapura.
Hari ini rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia memiliki 185 buah
restoran dan empat kedai pelbagai jenama (multibrand stores). Menjelang
penghujung bulan Februari tahun 2005, operasi perniagaan rangkaian
restoran ini dijangka lebih agresif dan dinamik untuk pasaran Malaysia
dan Singapura, menjadikan ia rangkaian restoran pizza terbaik seumpamanya
di kedua-dua buah negara yang disempadani oleh Tambak Johor itu.
Dengan sasaran berhasrat tinggi untuk mencapai 200 cawangan dalam
tempoh masa 36 bulan, kumpulan QSR berkeyakinan tinggi bahawa rangkaian
restoran Pizza Hut akan terus menguasai sektor ini dan berkeupayaan
menentang teguh sebarang persaingan.
Pasti ramai yang tertanya apakah rahsia kejayaan Pizza Hut? Jawapannya
adalah pada strategi pemasaran dan promosi yang inovatif dan kreatif,
selain daripada resipi dan hidangan yang diakui ramai sebagai unik,
lazat serta dipersembahkan dengan adunan pelbagai jenis rasa.
Pengenalan dan promosi pelbagai jenis produk dari masa ke masa
berjaya meningkatkan sambutan dan keyakinan pelanggan terhadap
jenama Pizza Hut. Kejayaan ini bukan sahaja diikuti oleh peningkatan
dalam jualan, malah terus mengukuhkan reputasi Pizza Hut sebagai
rangkaian restoran yang “menghidangkan pelbagai pizza terbaik
di bawah satu bumbung”.
Sementara itu, dalam usaha meningkatkan reputasinya serta menjana
pasaran secara lebih dinamik, Pizza Hut telah memperkenalkan sistem penghantaran
ke rumah atau ke destinasi langganan melalui pesanan. Sistem penghantaran
ke rumah yang dikendalikan oleh segmen khas yang dikenali sebagai Pusat
Pesanan (Call Centre) ini menguasai 25 peratus daripada keseluruhan pasaran
Pizza Hut.
Pizza Hut dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah berikutan
perubahan cara hidup rakyat Malaysia yang rancak menuju pemodenan dan
urbanisasi. Perubahan cara hidup yang banyak dipengaruhi oleh gaya kehidupan
masyarakat Barat, turut mempengaruhi selera rakyat Malaysia. Ini sekaligus
menjadikan makanan seperti pizza dan pasta makin diminati ramai, selain
burger, snek dan minuman berkarbonat.
Memang menjadi strategi Kumpulan QSR Brands untuk menambah bilangan
restoran dari masa ke masa dalam rangka memudahkan orang ramai mendapatkan
produk-produknya, malah menggalakkan lebih banyak kuantiti pembelian
dengan cara merendahkan harganya.
Sehubungan itu Kumpulan QSR kini mempunyai beberapa strategi baru
dalam usaha meningkatkan jualan, menambah bilangan restoran dan memperbaiki
segmen penghantaran ke rumahnya. Malah aktiviti penyelidikan dan
pembangunan terus menerus mendapat perhatian pihak pengurusan bagi
menghasilkan produk-produk baru pizza yang bakal menambat selera
pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia, sila layari
laman
|