Restoran
pertama Rasa Ayamas (yang dulunya dikenali sebagai Rasa Gourmet)
mula beroperasi pada tahun 1996. Dalam usaha memantapkan imejnya,
bahagian peruncitan dan restoran Ayamas telah melalui proses penstrukturan
semula jenama pada tahun 2003. Antara lain, proses penstrukturan
semula jenama yang dilakukan pada tahun 2003 bertujuan untuk memberi
jenama “Rasa Ayamas” terhadap semua produk yang sedia
dimakan manakala jenama “Ayamas” dikekalkan bagi kesemua
produk utama, produk-produk proses lanjutan dan untuk kedai serbanekanya.
Selain
daripada itu, rangkaian restoran Rasa Ayamas turut melancarkan secara
rasmi imej barunya yang lebih ceria. Restoran pertama yang menampilkan
imej barunya mula beroperasi pada bulan Mei 2003. Kini Rasa Ayamas
berbangga memiliki 21 buah restoran dan kiosk, yang menawarkan pelbagai
jenis menu HALAL dengan konsep santapan meja sepenuhnya. Di antara
menu yang terdapat di restoran Rasa Ayamas ialah Rasa Ayamas
Roasters, Rasa Ayamas Noodle Set, Roaster & Rice, Chop Set,
Steak Set dan Great Savers’ Meal.
Kini rangkaian restoran Rasa Ayamas terus memberi tumpuan terhadap
usaha menarik lebih ramai pelanggan melalui perkhidmatan mesra-pelanggannya,
dan jenama ini juga berhasrat untuk menjadikan setiap produk yang
ditawarkan menepati citarasa dan selera pelbagai kategori pelanggannya.
Untuk itu pelbagai jenis menu Ayam Panggang Rasa Ayamas yang lazat
lagi berkhasiat boleh dinikmati di rangkaian restorannya. Rasailah
hidangan Ayam Panggang Rasa Ayamas dan Nasi –Sememangnya
Menyelerakan!
Untuk maklumat lanjut mengenai Rasa Ayamas, sila layari laman
|