| |
 |
Di QSR,
kami yakin bahawa pekerja dan kakitangan syarikat ini bukan sahaja merupakan aset
terpenting untuk kejayaan organisasi dan perniagaan kami, tetapi mereka juga adalah
sebahagian daripada nadi syarikat. Tanpa mereka, perniagaan kami tidak akan mencapai tahap
yang ada sekarang. Komitmen, Integriti, Semangat Kerja Berpasukan serta Efisien. Kesemua
ini adalah nilai yang sama-sama kami kongsi dan utamakan di QSR , dalam usaha menjana
kecemerlangan organisasi. Setiap hari, kami menjadikan nilai-nilai ini sebagai rujukan
dan sandaran, sekaligus nilai-nilai ini juga mampu merangsang persekitaran kerja yang
sihat dan produktif. Idea-idea yang bernas dan berinovasi dari setiap kakitangan
akan menerima penghargaan serta pengiktirafan sewajarnya. Tiada yang
diketepikan atau disisihkan di organisasi ini jika mereka komited dengan tugas dan
tanggungjawab yang diberikan.
Anda mungkin bertanya, apakah yang menjadikan QSR sebagai organisasi pilihan untuk memulakan
kerjaya, dan terus kekal bersamanya?
Jawabnya, kami di Kumpulan QSR mengutamakan pekerja yang mempunyai pengetahuan, skil,
kemampuan dan bermotivasi tinggi.
Kesemua ciri ini penting bagi membolehkan kami bersaing dalam persekitaran perniagaan
yang semakin mencabar dewasa ini.
Kami menyedari bahawa menyusun tenaga kerja yang mantap adalah suatu "kewajipan" dalam
dunia perniagaan kini. Di atas hakikat itulah, kami menawarkan pakej dan faedah
pekerjaan yang sangat menarik, kerana kami tahu bahawa yang terbaik harus mendapat
pulangan dan ganjaran yang setimpal.
|
| |
 |
| |
Keyakinan Kami
... bahawa setiap prestasi dan pencapaian kerja yang cemerlang hendaklah
diiktiraf dan diberi ganjaran sewajarnya. Kami mahu pekerja di QSR
berasa selesa dan ceria dalam melaksanakan tugas harian mereka. Kami
berpandangan bahawa sikap majikan yang suka mengeksploitasi dan
menindas pekerja akan menjejaskan syarikat dalam jangka masa
panjang.
Harapan Kami
... bahawa kesemua kakitangan syarikat ini hendaklah bersikap jujur
dan ikhlas dalam perhubungan atau kerjasama sesama mereka, dalam
perhubungan dengan pelanggan, perhubungan dengan pihak berkuasa
dan dalam perhubungan dengan masyarakat awam.
Perkongsian Nilai Kami
... bahawa kami menggalakkan budaya kesetiaan, ketekunan, semangat
kerja berpasukan, minat dan memaksimumkan kemampuan diri. Semua
ini adalah penting dalam peningkatan kerjaya individu dan
peningkatan prestasi syarikat.
Kesedaran Kami
... bahawa anda akan hanya memberikan yang terbaik kepada syarikat,
berdasarkan kepada pengalaman, ilmu, skil dan sikap yang anda miliki.
Oleh itu anda akan berusaha untuk menjadi cemerlang dalam setiap
kerja yang dilakukan. |
| |
 |
| |
| Pada setiap tahun,
QSR Brands menjalankan tinjauan dan penyelidikan untuk memastikan
kakitangannya menerima gaji, pampasan dan faedah yang setaraf dengan
nilai yang ditetapkan oleh industri. Ganjaran-ganjaran yang diberikan
terhadap kakitangan kami merupakan insentif galakan dan biasanya
diberikan pada setiap suku tahun atau secara tahunan, tertakluk kepada
prestasi individu dan prestasi perniagaan syarikat.
Kumpulan QSR Brands juga menawarkan pelbagai faedah lain bagi
melindungi kebajikan kakitangan serta ahli keluarga mereka,
seperti perlindungan insurans kesihatan menyeluruh. Kami mahu
kakitangan dan pekerja kami berasa selamat dan terjamin selama
berkhidmat dengan syarikat ini. Malah kami juga berasa bangga
kerana bukan saja berupaya memberikan perlindungan dan keselamatan
kepada kakitangan kami, tetapi juga kepada ahli keluarga mereka yang tersayang.
|
|
|
 |
| |
|
Latihan dan peningkatan skil secara berterusan merupakan sebahagian daripada
budaya korporat kami. Ini dilakukan melalui latihan meningkatkan skil dan kemahiran,
seminar dan persidangan. Setiap kakitangan diberikan peluang untuk menyertai
pelbagai program peningkatan kerjaya secara dalaman yang dianjurkan oleh syarikat.
Selain daripada program-program dalaman yang diadakan dari masa ke semasa,
Kumpulan ini juga menghantar kakitangannya menjadi peserta pelbagai jenis seminar
dan persidangan yang dianjurkan oleh organisasi lain di seluruh Malaysia. Kesemua
kursus dan seminar yang dianjurkan mahupun yang disertai adalah bertujuan untuk
meningkatkan skil, kemampuan dan kecekapan pekerja, serta membantu mereka mencapai
kehidupan yang seimbang di antara kerjaya dan kehidupan peribadi.
|
| |
| |
| |
|
|
| |
|
| |
|
|
|
|
|