Dengan bilangan pekerja hampir mencecah 17,000 orang, Kumpulan QSR memang dikenali sebagai organisasi yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya. Biar apapun bidang yang diceburi, anda berpeluang untuk menjadikan bakat dan kemahiran anda sebagai aset penting yang membolehkan anda menjadi pekerja cemerlang apabila menyertai syarikat ini. Terdapat pelbagai peringkat pekerjaan di sini, seperti di bidang perniagaan mahupun teknikal. Malah terdapat juga pelbagai kategori pekerja di syarikat ini, bermula daripada graduan yang baru memulakan pekerjaan hinggalah kepada professional yang berpengalaman. Tinjaulah peluang dan cabaran baru yang ada di sini. Temuilah mereka yang selama ini berjaya membangunkan Kumpulan QSR hingga mencapai tahap yang ada hari ini.

Di laman web ini, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai bagaimana untuk menyertai Kumpulan QSR, dan juga mengetahui mengenai jawatan-jawatan yang ditawarkan. Sebagai sebuah organisasi korporat, kami mempunyai ratusan pakar yang bakal menjadi teman sekerja, sekaligus rujukan anda. Dengan menggabungkan kepakaran yang mereka miliki dan kemahiran yang anda miliki, pastinya menjamin masa depan yang lebih gemilang kepada setiap individu dalam Kumpulan ini. Semuanya saling membantu dan memanfaatkan antara satu sama lain.

Pekerjaan di QSR Brands Bhd
 
Syarikat :
Kategori :
Lokasi :
Penyenaraian :
 
     
 
 
 
 
   
   
 
Maklumat penting perundangan - sila rujuk bahagian Polisi Privasi dan Penafian sebelum ke ruangan berikutnya.
Hakcipta © 2004 - 2005 QSR Brands Bhd. Kesemua Hakcipta Adalah Terpelihara.