Kami
di Kumpulan QSR berkeyakinan bahawa sebahagian daripada keuntungan
yang diperolehi syarikat hendaklah dikongsi dengan masyarakat,
terutama dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik dan
ditimpa kesusahan. Kesedaran ini diterapkan oleh Syarikat kepada
setiap peringkat kakitangannya, membolehkan kami terus komited
menghulurkan bantuan dan sumbangan dari masa ke masa terutama
kepada masyarakat di tempat kami menjalankan perniagaan.
Dengan bilangan pelanggan mencecah jutaan orang serta mempunyai
kakitangan hampir 19,000 orang, membolehkan QSR Brands
menganjurkan kegiatan amal dan kebajikan di setiap bandar
dan daerah di Malaysia. Ini secara tidak langsung meningkatkan
jati diri setiap kakitangan QSR Brands, daripada hanya memikirkan
prestasi dan sasaran kerja, kepada turut melibatkan diri
dalam kegiatan-kegiatan amal dalam usaha membantu syarikat
menyempurnakan tanggungjawab sosialnya.
Di atas keinginan mahu berkongsi keuntungan dengan masyarakat
di samping meningkatkan jati diri kakitangannya, Kumpulan
QSR sentiasa serius dan komited dalam penganjuran kegiatan-kegiatan
amalnya, samada bersifat jangka panjang mahupun bersifat
semasa. Program atau kegiatan amal yang kami anjurkan merangkumi
pelbagai tema yang mempunyai kaitan dengan perniagaan yang
kami jalankan. Program-program berkenaan juga secara tidak
langsung akan menambah kemesraan serta membina perhubungan
positif di antara kami dengan para pelanggan.
Kebanyakan
program khidmat sosial kami berjaya mencapai matlamat yang
disasarkan, dan ini membolehkan kami membantu golongan
yang memerlukan dan sekaligus meningkatkan keyakinan kakitangan
QSR. Dengan bertambahnya keyakinan kakitangan QSR, mereka
juga mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa
akan datang. Kebanyakan program khidmat korporat kami memberi
fokus dan manfaat kepada kanak-kanak kurang upaya, anak-anak
yatim dan mereka yang kurang bernasib baik. Di antara khidmat
kebajikan yang dijalankan termasuklah:
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program-program
Khidmat Komuniti/Masyarakat KFC – seperti Tabung
Penyayang, Projek Penyayang dan lain-lain bentuk sumbangan
dengan melayari bahagian yang dikehendaki pada laman yang
disediakan.
|