Idea
penubuhan Tabung Penyayang KFC yang dilancarkan pada tahun
1997 adalah bertujuan untuk membantu anak-anak yatim, golongan
kurang upaya, mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal
dan kanak-kanak kurang bernasib baik. Bagi mengumpul dana
berkenaan, KFC akan mendermakan sebanyak 10 sen daripada
setiap penjualan produk Chicky Meals. Dengan mengumpulkan
sebahagian dana melalui sumbangan KFC, pihak pengurusan tabung
mempunyai kawalan penuh ke atas perjalanan program-programnya.
Pada bulan Ogos 1999, KFC juga telah memperkenalkan Kotak
Kutipan Tabung Penyayang KFC bagi memudahkan orang ramai
terutama pelanggan KFC memberi sumbangan membantu kerja-kerja
amal kami. Kini, Kotak Kutipan berkenaan terdapat di semua
restoran KFC bagi memudahkan orang ramai menderma.
Kami
menyifatkan penubuhan Tabung Penyayang ini berjaya meningkatkan
hubungan kami dengan masyarakat. Tabung ini juga dalam masa
yang sama bertindak sebagai penaung kepada program-program
komuniti KFC. Ia juga membolehkan KFC merancang program-program
kebajikannya secara konsisten, selain membolehkan orang ramai
terlibat secara langsung dengan cara menderma ke dalam Kotak
Kutipan yang disediakan di setiap restoran kami, selain sumbangan
10 sen di atas setiap pembelian Chicky Meals.
Kami memanfaatkan sepenuhnya kewujudan restoran KFC yang
terdapat di seluruh negara dalam menjayakan program-program
kebajikan kami. Ini kerana khidmat kebajikan kami bukan hanya
tertumpu di Lembah Kelang tetapi juga turut melibatkan daerah-daerah
lain termasuk di kawasan luar bandar.
Projek
Penyayang KFC
Pada tahun 1995, KFC telah melancarkan satu lagi projek
kebajikan yang dikenali sebagai Projek Penyayang, yang merupakan
sebahagian daripada program khidmat masyarakat Tabung Penyayang
KFC. Dalam program ini, lebih daripada 66 buah rumah kebajikan
dan institusi amal telah menjadi ‘anak angkat’ KFC
melalui satu program khas. Melalui program khas berkenaan
setiap rumah kebajikan akan menerima sumbangan makanan ayam
goreng KFC pada setiap tiga atau empat bulan.
|