KUALA LUMPUR - KFC Holdings (M) Bhd. akan memberi wajah baru kepada lebih 350 restoranya di seluruh negara melibatkan per- belanjaan RM4 juta di bawah kempen pemasaran dan promosi barunya yang dinamakan 'Detik kFC'.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasinya, C W Toh berkata, pengubah suian restoran itu menelan belanja antara RM200,000 dan RM400,000 setiap sebuah.
Sebanyak 30 restoran pertama yang dipilih akan 'diberi sentuhan baru' sebelum akhir tahun ini, katanya pada pelancaran kempen itu di sini semalam.
Sempena kempen itu, KFC melancarkan Original & Spicy Meal barunya yang mengandungi sekeping ayam goreng Resipi Asli, sekeping ayam Hot & Spicy, kentang goreng berkeju dan minuman.
Berharga RM7.95, ia kini boleh didapati di semua restoran KFC.
Menyifatkan kempen itu sebagai inisiatif pasaran jangka panjang utama, Toh berkata, ia dijangka mendorong kenaikan jualan restoran itu sekitar 10 peratus sepanjang tahun depan.
"Sebagai satu perniagaan, matlamat kami ialah mencapai pertumbuhan dua angka dari segi jualan tahun demi tahun. Kempen pemasaran ini adalah juga sebahagian daripada rancangan strategy 100 hari kami ,"katanya.
KFC Holdings baru-baru ini mengumumkan rancangan strategik 100 harinya ke arah meningkatkan operasi dan margin keuntungan kumpulan itu.
Rancangan itu menekankan lima bidang utama iaitu, penstabilan syarikat, kembali kepada asas, kecekapan, ketelusan dan tadbir urus corporat, dan memaksimumkan nilai dan pulangan pemegang saham.
Ditanya mengenai prestasi tahun kewangan semasanya, Toh berkata, syarikat itu adalah 'yanin dengan berhati-hati' bahawa ia boleh mempamerkan prestasi lebih baik daripada tahun sebelumnya. |