5 Oct 2007
  Sumbangan Rakyat Dihargai
   
26 Sep 2007
  KFC agih 14, 000 bungkusan makanan
   
30 Jun 2007
  Pizza Hut unjur pertumbuhan 2 angka
   
29 Jun 2007
  Pizza Hut jangka pertumbuhan perolehan berganda
   
25 May 2006
  Makan KFC sambil menderma
   
17 May 2006
  Untung bersih QSR, KFCH meningkat ketara
   
28 Apr 2006
  Pizza Hut Malaysia juara dunia
   
21 Jan 2006
  Lima menang peraduan Pizza Hut
   
5 Jan 2006
  Tidak puas hati, KFC sedia kembalikan wang
   
2 Dec 2005
  KFC Bandito Pockett kembali lagi
   
1 Dec 2005
  Kanak-kanak istimewa lawat Pizza Hut
   
7 Nov 2005
  Ayamas lancar ayam panggang resipi Maharaja Moghul
   
27 Oct 2005
  QSR Brands sasar jualan yang lebih baik
   
26 Sep 2005
  4 menang peraduan KFC
   
23 Sep 2005
  Pemenang Tampal & Menang
   
22 Sep 2005
  KFCH serah lima kereta kepada pemenang
   
2 Sep 2005
  KFCH bawa 100 anak yatim lawat Putrajaya
   
15 Aug 2005
  Chiky hibur 20,000 pelajar
   
12 Aug 2005
  350 restoran KFC akan berwajah baru
   
12 Aug 2005
  350 restoran KFC akan berwajah baru
   
27 Jul 2005
  Resipi KFC masih misteri
   
22 Jul 2005
  Pizza Hut lancar tiga menu baru
   
QSR Brands sasar jualan yang lebih baik

Kuala Lumpur 26 Okt. - QSR Brands Bhd. mensasarkan jumlah dagangan yang lebih baik tahun ini berdasarkan kepada jumlah restoran yang dimiliki dan peningkatan imej yang dilaksanakan pada masa ini, kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Pengarah Eksekutif, C.W. Toh.

QSR Brands, pengusaha Pizza Hut pada masa ini mempunyai 132 buah cawangan restoran di Malaysia dan 38 buah di Singapura.

"Kami bercadang untuk membuka empat lagi cawangan restoran baru sebelum akhir tahun, dua di sekitar Lembah Klang dan satu, masing-masing di Johor dan PUlau Pinang," kata beliau selepaas melancarkan pizza baru, Mystical Moroccan di sini hari ini.

Beliau berkata, QSR Brands telah melabur RM700,000 unutk setiap cawangan restoran.

Toh berkata, QSR Brand akan terus memperkenalkan produk baru dalam usaha meningkatkan jualannya.

Menyentuh mengenai pizza Mystical Moroccan, Toh berkata: "Masakan Morocco adalah gabungan masakan tradisi Afrika, Arab dan Eropah yang sungguh menarik serta menyelarakan.

"Citarasa baru kami ini membawakan kehebatan masakan Morocco kepada para penggemar pizza di Malaysia dan memberi peluang kepada mereka menikmati pengalaman makan yang baru serta menakjubkan," kata beliau.

Tidak seperti pizza tradisional yang berbentuk bulat, Mystical Moroccan Pizza berbentuk empat segi.

Pizza ini mempunyai hirisan apricot, bawang panggang, buah zaitun dan daging ayam atau daging lembu yang diperap dalam herba-herba eksotik, kesemuanya ditabur di atas lapisan sos Morocco masam manis.

Ia kini boleh diperolehi di semua restoran Pizza Hut di dalam negara.

Harga a'la carte adalah RM19.90 untuk pizza saiz biasa dan RM26.90 untuk bersaiz besar.

"Kami juga mempunyai hidangan kombo istimewa untuk dua orang dan empat orang, masing-masing berharga RM24.90 dan RM39.90," kata Toh.

Pizza baru ini boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, mulai sekarang hingga pertengahan Januari iaitu sepanjang Ramadhan, cuti sekolah dan musim perayaan.

"Kami membelanjakan lebih daripada RM2.4 juta untuk iklan dan promosi bagi pelancarannya termasuk siaran iklan di TV dan radio, iklan akhbar dan risalah," kata beliau.

Toh berkata QSR Brand mensasarkan pizza baru ini akan menyumbang RM6 juta sebulan untuk jumlah dagangannya.

Source : Utusan Malaysia; Posted : 27 Oct 2005
 
Archive News Listing
 
Maklumat penting perundangan - sila rujuk bahagian Polisi Privasi dan Penafian sebelum ke ruangan berikutnya.
Hakcipta © 2004 - 2005 QSR Brands Bhd. Kesemua Hakcipta Adalah Terpelihara.