| |
Kumpulan QSR merupakan syarikat pengendali makanan segera
bersepadu sepenuhnya, yang beroperasi di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Kumpulan ini yang mula disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Malaysia
Bhd. pada 1 April 2004, kini mempunyai 18,000 orang kakitangan yang sentiasa
berkhidmat dengan cemerlang. Selain itu, QSR Brands turut mengendalikan
operasi rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Manakala
melalui pemilikan saham dan pelaburan dalam KFC Holdings (Malaysia) Bhd,
Kumpulan ini pula terlibat secara langsung dalam pengendalian operasi rangkaian
restoran KFC di Malaysia, Singapura dan Brunei. Malah ia juga mengendalikan
rangkaian restoran Ayamas, rangkaian kedai serbaneka Ayamas dan beberapa
perniagaan lain yang berkaitan.
|
|
|
|